Monday, January 16, 2012

Detik Yang Berlalu

Dah bertahun berlalu...begitu pantas masa bergerak.....dulu dan sekarang jauh berbeza..keadaan berbeza, tempat berbeza dan haluan berbeza.

Perubahan yang berlaku dalam hidup ini. Sesuatu yang tidak dijangka. tapi aku redha dengan ketentuaan Nya....

2011 berlalu dengan penuh kenangan...yang indah ku semaikan di dalam hati, yang pahit ku jadikan ingatan tulus ikhlas.

2012 datang dengan senyuman di hati. ku harap ia merupakan tahun yang membawa tuah kepada ku...bukan saja tuah dari segi kehidupan malah ku harap tuah dari segi jiwa dan rohani.

Friday, November 6, 2009

Dulu-dulu

Zaman universiti hampir tamat, umur makin meningkat.........cepatnya masa berlalu..pejam celik-pejam celik dah nak berakhir tahun 2009...yang penting aku dah dewasa...huhuhu tak sangka..Aku dah meninggalkan zaman kanak-kanak dan remaja....

Ingat zaman kanak-kanak dulu, masa tu aku nakal betul..paling suka waktu cuti sekolah ngan raya, ya lah balik kampung dan semua sepupu berkumpul...waktu tu memang meriah dan di serikan lagi dengan idea2 main yang bernas dari kami....Otak pikir hanya main2..yang aku tak boleh lupa tu main masak2...biasalah budak perempuan tapi yang specialnya bukan aku dan sepupu yang perempuan je main, sepupu yang lelaki pun join sekaki tak lupa master chip kami, pak cu ku yang tersayang..Masa tu pak cu masih sekolah menengah, join kami, layan anak2 saudara yang tersayang ...hahaha seronok...dah la main masak2 belakang tandas, supaya orang tak tau. Main masak2 guna api yang betul, siap mengelinap masuk rumah curi ambik telur, bawang, minyak, garam-gula...teruk perangai waktu tu..boleh pulak master chip kami buat plan sapa yang kena msuk ambik barang, sapa yang pi cari kayu api n sapa yang curi ambik periuk ngan senduk dlm rmh....lagi jahat aku ngan sepupu lelaki, cari kayu api tak jumpa...blh gi patahkan pagar jiran sebelah yang dibuat ngan buluh, ganti jd kayu api...hahaha..ropong pagar jiran sebelah...pastu lari..terer....pastu dgr la En. Musa ( jiran yang kami patahkan pagar dia wat kayu api) membebel dan mencari sapa yang patahkan pagar dia...huhuhu....Maaf la En.Musa tersengaja...lagi pun buluh2 pagar dah selamat kami bakar jadi kayu api....

Paling best kalu musim hujan, sawah belakang rumah mesti naik air...dah la masa tu orang lepas menuai padi, apa lagi bendang tu kami jadikan kolam lah...berkubang kalah kan kerbau..Pak cu siap buat rakit lagi...best nya masa tu....hahaha...kalau kena gigit ngan lintah siap menangis2 tapi lepas pak cu buang pi berkubang lagi...Ayah (panggilan atuk) punya la baik siap backup kami kalau mak aku ngan makngah marah2 sebab berkubang seharian sampai tak ingat balik rumah...huhuhu...

tak lupa yang masa naik basikal tua, satu ayah punya, satu pak cu punya, satu basikal naik bertiga dah macam bujang lapuk, pi jalan2 keliling kampung.....fuuhh seronok sgt...

Main polis entry ngan budak2 kampung, main bola bayang, bola kaki tiga, main kejar-kejar, main guli, ting-ting, bola wal, layang2, huhh...banyak mainan yang aku main masa dulu...rindunya zaman kanak-kanak....teringat aku ngan nenek, petang2 pasti membebel cari ayam dia yang tak cukup...mana nya nak cukup, dia tak tau cucu2 dia ni pagi2 pi kejar anak ayam sampai terpijak...mampus...yang selamat nasib la..kejam betul kitaorang...

Banyak2 Ahli dewasa yang ada dalam rumah, Ayah la yang paling sporting, siap bagi support tu..klau nak main masak, ayah siap buatkan dapur nak masak, buat bangsal sebagai rumah tuk kami bermain, bawa pi kebun main tangkap2 ikan atau dengan kata lain berkubang, ajar menjala ikan, pi pungut buah getah main getah....Sayang ayah...

Emm..dah hampir 4 tahun ayah pergi meninggalkan kami, kenangan yang ayah tinggalkan tetap masih segar dalam ingatan...terasa macam baru semalam pi sawah ngan ayah, rasa macam baru semalam pi cerut rumput bagi lembu makan, rasa macam semalam pi kebun kepala bawa beruk panjat kelapa...semua macam baru semalam dengan ayah.....sedih....

Tu semua cerita zaman kanak2...sekarang dah dewasa, tak dapat lagi nak main semua tu...kalau main jugak memang dah buang tebiat terutama kalau pi main masak2...hahahaha...sekarang ni aku main game komputer aje...Dunia dah maju, zaman IT katakan sampai aku tengok budak2 sekarang duk terpacak depan TV main PS2....huh bosan betul zaman diaorang..xde nikmat hidup..tak merasa suasana alam..rugi..rugi..memang patut pun ada kempen permainan budaya kita...

Kampung aku sekarang dengan 15 tahun dulu sangat berbeza...dulu memang suasana kampung tapi sekarang ni dah rasa macam bukan kampung...mana taknya, rumah kayu dah bertukar rumah batu, sawah2 dah bertukar jadi tapak rumah ngan kedai, basikal2 tua dah bertukar jadi motor...Hilang nikmat kampung....Aku pun dah kurang ada mood nak balik kampung kecuali raya sebab semua sepupu berkumpul...kalu dulu berkumpul ngan sepupu kami selalu wat plan nak main ape, sekarang ni duk bersembang pasal masa depan, kahwin, deko rumah dan sewaktu dengannya..alahai...Topik orang dewasa...Macam tu la hidup....

Thursday, October 29, 2009

Erti Sahabat

Petang tadi roomate aku bawa 3 orang kawan dia masuk bilik dan mereka bersimpul diatas lantai memulakan melakukan perkerjaan mereka. Aku yang tak mahu menyibuk keluar online internet diruang tamu. Kerana telifon tertinggal di dalam bilik membuatkan aku perlu masuk ke dalam bilik. Aku lihat mereka bertungkus lumus menyiapkan sesuatu dan membuatkan aku ingin bertanya. Rupanya mereka hasilkan bintang untuk diisi ke dalam balang kaca. Aku bertanya lagi untuk apa bintang-bintang tu, tugasan ke? roomate ku menjawab sebagai hadiah birthday kawan. Aku hanya tersenyum. dalam fikiran aku, cuma satu iaitu kagum dengan persahabatan mereka. Iyalah sanggup bertungkus lumus siapkan beribu bintang sebagai hadiah yang hasil dari buah tangan mereka. Selama ini bila hari lahir kawan, aku hanya fikir nak beli hadiah apa yang cantik dan mahal. Tak pernah terfikir ingin hadiahkan sesuatu dari hasil tangan sendiri. Walaupun tak mahal tetapi ikhlas dan bererti. Itu lah erti sahabat. Mereka buat aku terharu walaupun tahu hadiah itu bukan dihasilkan untuk aku.

Teringat sahabat lama. Erti sahabat sesuatu yang sukar diungkaikan...Yang penting keikhlasan dalam persahabatan itu sendiri.


















































Monday, October 26, 2009

waktu

Masa berlalu dengan pantas..tinggal sebulan lagi aku akan menghuni di bumi unimas ini..klau dulu bila kawan-kawan rasa sedih untuk meninggalkan unimas, lain pula dengan aku..aku tak sabar nak tinggal tempat ini. Bukan kerana membenci tapi kerana tanggungjawab sebagai anak, kakak, dan kepada bangsa.
Banyak pengalaman aku disini, pahit, kelat, masin, manis tapi biarlah ia jadi sebagai kenangan yang sentiasa ada di lubuk hati..
Dunia kerja memang penuh cabaran..banyak rungutan yang diterima oleh kawan2 tentang alam pekerja, tapi itu normal..Semua orang akan laluinya...
Setahun di sini tanpa teman2 seperjuangan merupakan satu cabaran dalam diri....walau jauh dimata tapi dihati kalian selalu ada...
Di bumI Sarawak ini banyak mendewasakan aku yang selami ini selalu bermain-main dlm hidup..Jika ditanya "apa matlamat hidup kamu" itu adalah soalan paling sukar untuk dijawab...Sampai sekarang aku masih fikir, apa matlamat hidup aku...aku boleh cakap nak jadi seorang yang berjaya tapi bagaimana????....Aku nak jadi orang yang berguna tapi bagaimana??? aku nak jadi kaya tapi bagaimana???? persoalan yang bermain difikiran sekarang.....sekadar dibibir semua orang mampu tapi nak laksanakan.....emmm..tepuk dada tanya lah hati...
Sebulan lagi aku akan ke alam internship iaitu selangkah untuk ke alam pekerjaan....disitu nanti banyak cabaran yang akan aku lalui...mampukah aku lalui seorang diri???adakah aku seorang diri??? tak....aku bukan seorang diri..yang Maha Esa selalu ada disisi...
Apa2 yang berlaku nanti, kau mampu tempuhi...cabaran dan dugaan adalah separuh daripada kehidupan...klau hidup selalu lurus tanpa ada bengkang-bengkok, tak menarik la pulak..takde ape yang nak dijadikan pengalaman. Manusia mana yang tak ada masalah....cuma masalah itu muncul dalam bentuk kecil dan besar sahaja...orang yang cakap dia takde masalah adalah orang yang paling bahagia..sebab itulah mereka (org gila) diletakkan ditempat bahagia...
Masa....masa itu emas, betul lah sebab sekali kita abaikan masa, kita tak akan dapat ulang kembali...sebab tu lah ahli falsafah selalu berkara, kalau hari ini kita buang masa belum tentu esok cukup untuk kita menebus kembali masa yang terbuang....
Hargai apa yang kita ada hari ini walau pun pahit dan kelat kerana mungkin esok pahit dan kelat rasanya berlainan..

Thursday, August 20, 2009

tahniah my friends


Tahniah kepada kwn2 yg baru konvo 15/8/2009.....tumpang hapy skali.....rasa seronok luang masa dgn korang....
klau pnjang umur jumpa lg....rasa tak sabar nk konvo thn dpn....

















aida, mar n sha














































































Tahniah utk aida, mar, salmi, aini, sha n kak sue........tak lupa juga kepada kwn2 yg lain.....zaman korang blajar dah hbs.....So slamt menempuh zaman pekerjaan tapi kpd yg nk smbung bljar tu sy ucapkan slmat kembali blajar ....

Wednesday, August 19, 2009

senaman oh senaman

Align CenterSetiap apa yg brlaku adalah kenagan yg tdk dpt dilupakan...bila pahit ingin dilupuskan daripada memori, tapi klau terindah ingin jd tatapan dan biar ia selalu kekal dilubuk memori...senaman pagi di bako yg tak mungkin kn dilupakan.....senaman denda disebabkn tak dengar arahan...rasa marah bila kena denda, tp lucu bila dikenangan...hahahaha....sesiapa yg trlibat, huhuhu tgklah gaya korang tanpa sedar ia dirakam....


Monday, June 22, 2009

suka duka

Dalam beberapa bln ni, byk pengalaman yg sy perolehi..ada suka dan ada duka..itulah lumrah kehidupan. liku2 kehidupan yang ditempuh akan lebih mematangkan kita untuk menghadapi saat2 yg lebih sukar dan genting..kalau kehidupan kita selalu selamat tanpa sebarang halangan dan dugaan, hilang nikmat hidup..ianya umpama makan kerana lapar...macam mn ya nak terangkan..emm..cuba bayangkan kalu kita terasa kenyang dan diberi makanan, kita akan makan tapi bukan dengan penuh kenikmatan berlainan pula kalau kita lapar, diberi makanan kita akan makan dengan penuh selera dan terasa nikmat sekali. Begitulah dengan kehidupan, kalau asyik dengan suka aje, kita akan rasa hidup ini sangat senang dan nikmat yang dicapai tanpa rasa kemegahan dan sesuatu yang kita rasa tiada apa untuk dibanggakan. Mungkin ada yang tak setuju dengan pandangan sy ni tapi itu yang saya rasa dan alami...hari2 dengan kegembiraan membuatkan kita alpa dan selalu memandang semua perkara adalah mudah sehingga terlupa sesuatu yang amat bernilai dan hanya dipandang remeh...bila ada sedikit halangan sahaja kita akan mudah mengelabah, nanar dan hilang pertimbangan krn slama ini kehidupan penuh dengan suka tanpa duka....duka hadir tanpa kita minta dan inginkan tapi duka itu yang banyak mengajar kita apa yang selama ini kita lupakan, tak sedari dan tak ingin tahu...setuju atau tidak trpulang pada pandangan masing2. Hidup ini bukan ada satu warna aje tetapi berwarna warni. Oleh itu, kita warnalah kehidupan kita dengan sebaiknya. Bak kata kawan saya, cabaran yang kita tempuhi membuatkan kita menjadi lebih perihatin, brtimbang rasa dan lebih mengenali siapa diri kita sebenarnya.